Bermain Gitar

Kali ini saya ingin posting mengenai cara bermain gitar yang baik dan benar. Gitar merupakan alat musik yang simpel dan praktis, bila ingin belaja gitar maka mulailah dengan memiliki gitar sendiri.

Cara bermain gitar yang baik dan benar adalah bermain dan menghasilkan nada yang harmonis dan dapat mengiringi sebuah lagu. Bila sobat bermain gitar dengan asal-asalan, maka akan menghilangkan harmoni dari pada gitar tersebut.

Belajar bermain gitar melalui beberapa tahap diantaranya, pemula, menengah dan tingkat mahir. Saya hanya akan membahas tentang cara bermain gitar bagi pemula, sedangkan untuk tahap menengah dan mahir akan saya bahas di lain kesempatan.

Teknik bermain gitar bagi seorang pemula hanya berkisar pada pengenalan kord dan memadukan kord sehingga dapat mengiringi sebuah lagu. Agar dapat mengiringi sebuah lagu maka sobat harus menguasai kord yang akan digunakan, misalnya nada dasar dari lagu tersebut adalah do=C maka dasar dari kord yang akan dimainkan adalah C-F-G, sedangkan dasar kord minor adalah Am-Dm-Em.

Kord merupakan dasar bermain gitar maka diusahakan agar sobat tidak lupa dengan berbagai macam kord sehingga cara bermain gitar sobat bisa di lihat rapi dan dapat mengiringi lagu dengan baik dan benar.

Beberapa tips bermain gitar yang akan saya berikan ini akan membantu sobat bermain gitar dengan baik.
1. Kuasailah lagu yang akan dimainkan.
2. Mulailah dengan lagu yang mudah dimainkan.
3. Hafal semua jenis kord terutama kord dasar baik itu major maupun minor.
4. Mulailah dengan pemanasan jari sebelum bermain gitar.
5. Enjoy dan jangan kaku.
6. Harus memiliki buku lagu yang berisi contoh kord.

Cara bermain gitar sobat akan semakin baik seiring banyaknya lagu yang sobat iringi. Semoga postingan mengenai cara bermain gitar ini bisa membantu sobat sehingga sobat bisa dengan cepat bermain gitar dengan baik. Sobat bisa melihat gambar dibawah yang berisi kord-kord yang bisa membantu sobat belajar bermain gitar dengan baik.

Gambar Kord Gitar

Ada Apa Dengan Belajar Main Gitar

Sebenarnya korang tak perlu ambil kelas muzik semata-mata nak belajar main gitar. Korang pun tak perlukan gitar yang berharga beribu-ribu ringgit untuk pandai bermain gitar.

Cukuplah dengan adanya sebuah gitar kapok, sebuah panduan gitar, ruang kecil untuk bermain gitar dan korang dah boleh terus mula belajar main gitar.

Ok, straight to the point, nak pandai main gitar, korang kena tahu 4 Asas Bermain Gitar ini iaitu:

1. Cara Memegang Gitar
2. Cara Main Kord Gitar
3. Cara Strumming Gitar (Memetik Gitar)
4. Cara Tune Gitar

Nak belajar 4 asas ini? Boleh dengan syarat. Korang kena belanja aku makan McD dulu haha. Gurau jer. Ok, kat bawah aku akan terangkan 4 Asas Bermain Gitar.

Cara Memegang Gitar

Mungkin korang sudah tahu caranya dengan melihat artis atau kawan korang memegang gitar. So, dalam pelajaran pertama ni aku akan terangkan secara ringkas.

Biasanya kebanyakkan orang menggunakan tangan kanan untuk bermain gitar tetapi ada segelintir orang lebih selesa dengan menggunakan tangan kiri.

Orang yang suka bermain dengan tangan kiri digelar sebagai kidal.

contoh memegang gitar kiri dan kanan

Oleh kerana ramai yang bermain gitar dengan tangan kanan, aku akan lebih terangkan bagaimana bermain gitar dengan tangan kanan.

Jika ada diantara korang yang kidal, jangan risau. Caranya tetap sama. Cuma perlu terbalikkan gitar sahaja :)

cara memegang gitar

Di atas adalah contoh memegang gitar. Pastikan 'body' gitar tidak terlalu jauh dan tidak pula terlalu rapat dengan badan.

Yang penting tangan kanan dapat mencapai tali gitar dan memetik gitar dengan selesa.

Cara memegang 'neck' gitar pula seperti di bawah.

cara memegang neck gitar

Cara yang betul memegang 'neck' gitar adalah tidak menggenggam 'neck' gitar. Tapi aku lihat masih ramai yang suka menggenggam 'neck' gitar semasa bermain gitar. Tak tahu kenapa. Maybe penyakit kot hehe.

Menggenggam 'neck' gitar akan menyusahkan korang semasa bermain kord yang menggunakan tali gitar yang paling bawah seperti kord D.

Jadi, pastikan korang tidak menggenggam 'neck' semasa bermain gitar.

Mengenai gaya memegang gitar, secara rasminya ada tiga gaya memegang gitar iaitu gaya duduk kasual, gaya duduk klasik dan gaya berdiri.

Di bawah adalah contoh-contoh gaya memegang gitar secara rasmi.

cara rasmi memegang gitar

Gaya duduk kasual: Gaya ini paling popular. Gaya ini nampak lebih rileks dan santai. Sesuai untuk orang yang baru belajar main gitar. Caranya adalah meletak 'body' gitar di atas peha kanan.

Gaya duduk klasik: Caranya meletakkan 'body' gitar di atas peha kiri. Gitar akan lebih condong berbanding gaya duduk kasual. Kelebihan gaya ini adalah mudah untuk bermain kord gitar.

Gaya berdiri: Biasanya gaya ini digunakan ketika membuat persembahan di atas pentas (..atau tak de kerusi :)..) Untuk menggunakan gaya ini korang perlu menggunakan 'strap' atau tali untuk menyokong gitar daripada terjatuh.

Ada 2 gaya lagi yang cukup popular. Gaya ini dikenali sebagai gaya tak rasmi iaitu gaya duduk bersila dan gaya duduk bersilang. Konsepnya sama seperti 3 gaya rasmi di atas.

Korang boleh pilih mana-mana gaya yang anda suka janji korang berasa selesa dan nampak bergaya :)

cara tak rasmi memegang gitar

Cara Bermain Kord Gitar

Mula-mula korang perlu tahu membaca kord gitar dan cara bermain kord gitar. Di bawah aku akan terangkan bagaimana caranya. Aku ambil contoh kord C.

contoh kord C

Nombor 1,2,3 dan 4 mewakili setiap jari. Simbol "0" adalah tali yang tidak perlu meletakkan jari tetapi perlu dipetik semasa bermain kord. Simbol "X" pula adalah tali yang tidak perlu dipetik.

Cara bermain kord C adalah letakkan jari 1 di tali 5 di fret 1, jari 2 di tali 3 di fret 2 dan jari 3 di tali 2 di fret 3. Jika korang ada gitar sekarang, korang akan nampak rupa sebenar kord C seperti di atas.

Kemudian petik dari tali 2 hingga ke tali 6. Korang akan dapat mendengar bunyi sebenar kord C yang merdu :)

Untuk kord gitar yang lain, caranya sama seperti di atas.

7 Kord Major 7 Kord Minor

7 kord major dan minor adalah asas kepada kord gitar. Jika korang dapat hafal 7 kord major dan minor ini bermakna korang dah boleh bermain kebanyakkan lagu melayu.

7 kord gitar minor major

Banyak lagi kord gitar yang korang kena tahu tapi 7 kord minor dan major ini pun dah ok. Untuk kord gitar lain korang boleh rujuk di dalam panduan gitar.

Cara mudah menghafal kord gitar

Susah menghafal kord gitar adalah perkara biasa. Aku tak pernah jumpa lagi orang yang dapat menghafal ke semua kord gitar dalam masa satu hari. Jika ada, orang itu memang seorang yang genius :)

Cara cepat menghafal kord gitar adalah membuat latihan berulang-ulang. Latihan gitar ibarat membuat latihan matematik. Makin kerap korang berlatih makin cekap korang bermain gitar.

Cara aku untuk menghafal kord gitar adalah berlatih dengan memainkan sebuah lagu yang menggunakan kord yang mudah. Contohnya lagu Ella & Korie, Pergilah Sayang

kord gitar pergilah sayang

Korang perasan tak kord lagu ini menggunakan kord yang berulang-ulang. Ini lah cara yang terbaik untuk menghafal kord gitar.

Selepas korang menguasai lagu ini cuba cari lagu lain yang menggunakan kord gitar yang berlainan.

Aku pasti korang mesti dapat menghafal kord gitar dengan menggunakan teknik ini.

Cara Strumming Gitar

Cara Memetik Gitar

Strumming adalah cara untuk menghasilkan rhythm, irama atau rentak gitar yang tempo masanya sama dengan kebanyakkan lagu. Ada 8 kali petikkan gitar dan ditambah 1 kali petikan pada permulaan untuk menghasilkan strumming yang sempurna iaitu:

down -- down -- down,up,down,up,up,down,up (down= petikan gitar dari atas ke bawah, up= petikan gitar dari bawah ke atas)

Strumming terbahagi kepada 2 rentak iaitu:

Rentak 1: down -- down -- down,up,down,up,up,down,up (9 kali petikan)
Rentak ke 2 dan seterusnya: down -- down,up,down,up,up,down,up (8 kali petikan)

Tak faham? Tak mengapa. Korang pasti akan lebih faham setelah melihat video di bawah :)
powered by Youtube

Cara Tune Gitar

Tune gitar lari adalah perkara biasa. Tune lari disebabkan tali gitar yang sudah rengang atau gitar terjatuh.

Apabila tune lari, gitar akan menghasilkan bunyi yang pelik dan tidak sedap didengar.

Cara yang paling mudah untuk tune gitar adalah menggunakan Electronic Guitar Tuner. Cara alat ini berfungsi adalah mengesan frekuensi (nada) pada tali gitar.

Alat ini akan memberi isyarat jika frekuensi tali gitar anda tidak sama dengan frekuensi Electronic Guitar Tuner. Apa yang korang perlu lakukan adalah melaras tali gitar korang sehingga mendapat frekuensi yang betul. Di bawah adalah contoh Electronic Guitar Tuner.


Inilah 4 Asas Bermain Gitar. Senangkan? Harap apa yang aku terangkan dapat membantu korang bermain gitar dengan betul.

Pssttt.. Aku ada satu rahsia nak kongsi dengan korang. Kalau korang nak tau trick macam mana korang boleh cepat pandai main gitar macam expert, korang boleh belajar kat http://belajar-gitar-cara-pantas.info

(bermain gitar dapat hilangkan rasa lapar dan dahaga. Selamat berpuasa to all muslim friends :))

Ok itu sahaja. Apa-apa hal komen kat bawah yer.

Bye!

Komentar

  1. gan, apa punya tips gimana cara mencari melodi suatu lagu? ane ga bisa-bisa gan.. tolong balas ke email ku ya :
    blide2385@gmail.com

    BalasHapus
  2. Lengkap sekali .. terima kasih saya penggemar gitar

    BalasHapus
  3. klik juga http://nada-nada-rock.blogspot.com untuk belajar lebih jauh tentang gitar... thx sob...

    BalasHapus

Posting Komentar

Postingan populer dari blog ini

Greenday Dan Personilnya

Tentang st12 band